CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 22, 2009

Mama Kimia

Ehem..ehem.. seperti yang telah dijanjikan, post kali nie akan aku sambung akan program peribadi aku, "Ilmu Dikumpul, Guru Dijunjung".. giliran cikgu mana pulak ye?? ermm.. cikgu normi sudah, sir hamid pown sudah, sekarang siapa pulak ye?? ermm.. apa kata kalau kita sambung dengan guru kelas aku, kelas Lima Elit Bercahaya '09.. rasa bersalah plak kalau cerita pasal cikgu lain dulu sebelum guru kelas tersayang nie..huk34.. pe2 pown, mari kita sama-sama kenali insan bertuah pada kali ini...


Biodata Guru Kelas 5E1 '09

Nama : Puan Wan Norzuani Wan Abdullah
Umur : Muda lagi..
Nama Gelaran : Mama Kimia
MP Diajar : Kimia
Hobi : Munyusun dan menguruskan buku teks di bilik BOSS ..
Alamat Rumah : Berhampiran dengan kapal terbang landing..
Makanan Feberet : Nasi Ulam/ Nasi Kerabu
Minuman Feberet : Air buah perahan sendiri..hehe
Sifat Peribadi : Tengoklah bawah..
*semua fakta yg tidak berkaitan adalah rekaan semata-mata..


Seorang Yang Sporting
Semua orang tahu rasenye gadis comel lote nie seorang yang sporting.. sifat peribadi beliau ini sangat disenangi oleh anak-anak muridnya yang rata-rata terdiri daripada budak yang nakal-nakal.. kalau tidak siap kerja rumah, jangan risau.. anda tidak akan dicubit seperti yang dilakukan oleh Mama Normi, malah anda akan menerima senyuman yang manis daripada beliau..hehe jikalau anda bernasib baik, anda juga akan dipuji taw..pujian yang menganjing..hehe


Seorang Yang Ceria
Gadis yang penuh dengan keayuannya ini juga seorang yang ceria.. seteruk mana sekalipun anda badmood, muka masam, pabila anda melihat beliau, pasti anda akan tertarik dengan mukanya yang manis lagi ceria ini, lalu mulut anda akan ringin untuk kembali senyum.. satu lagi, beliau cukup senang untuk senyum dan ketawa..dan yang paling unik, pabila beliau ketawa, ketawanya tidak sedikit pun berbunyi, tetapi hanya gerak badan sahaja yang bergerak..haha aku selalu jew tengak akan aksi beliau ini..hehe


Seorang Yang Penyayang/Caring
Tahun nie saja, dah banyak aktiviti makan yang telah dilakukan oleh beliau.. kejap makan tu, kejap keluar makan sana, kejap bakar tu, kejap bakar nie..fuh! memang best r jadi anak buah beliau.. memang seorang ibu yang penyayang taw.. tidak hairanlah ahli kelasku banyak melahirkan anak murid yang besar-besar..hehe pasti ada yang mempunyai perasaan yang lebih nie..haha


Adoi...banyak lagi sebenarnya sikap-sikap beliau, akan tetapi, aku tidak mempunyai cukup idea untuk mengulasnya.. cukuplah saja sampai disini..ermm..lama dah xjumpe teacher, tahun depan dah tak sekolah..lepas nie, jumpa tak lagi xtaw.. rindu giler kat guru kelas aku nie..hehe.. Ucapan khas buatmu teacher Zuaini...


Teacher,
Saya harap teacher dapat mengajar anak-anak didik LeBest dengan baik selepas peninggalan saya dari sekolah tu..harap-harap teacher rindulah saya macam mana saya rindu teacher..hehe jelaa kew aku nie?? haha ingat daku dalam doamu, teacherku yang amat ku sayang..hehe

-Afif,Mama Kimia,Aku-
Nampak aku gemok jew pakai bende 2..yang sorang lagi 2 da mmg g2..hehe
p/s : teacher, kalau baca nie, jangan lupa komen taw..hehe



Sunday, December 13, 2009

Luahan Hati

Ermm.. malas betol nak update blog nie.. nak buat macam mane, dah malas.. tetapi akan ku gagahi jua untuk membuat post kali nie.. ermm.. nak bagitaw pe untuk post kali nie ekk?? SPM?? da abis.. pasal sekolah?? dah x sekolah.. tapi aku akan sentiasa rindu kat sekolah tu.. kesian budak-budak junior yang ditinggalkan oleh abang-abang dan kakak-kakak yang berpotensi tinggi menjadi golongan bijak pandai nie..hehe mesti diorang merindui pemergian kami kan?? haha..

SPM... dah abis da... So, dah tak sekolah dah aku.. tapi tak tahu lah kene lanjutkan pelajaran kat tingkatan enam..huhu.. harap2 tak lah.. bukan pe, tingkatan enam, cikgu aku cakap susah giler.. ermm.. macam manelah result SPM aku nanti... debar dan kecut perut aku sekarang nie.. harap-harap cemerlang tahap dewa 19.. antara paper yang aku paling kecewa bila jawab ialah SEJARAH PAPER 2 dan BIO PAPER 3...

a) Sejarah Kertas 2
Ermm.. soalan memang senang..tapi semua yang aku baca tersekat ditengah jalan.. dengan erti kata yang lain, dop mari nak tulis nape.. xtahu lah nak bagitaw macam mane lagi.. kertas nie r aku rasa paling sukar untuk aku jawab untuk SPM nie.. ketekanan aku bertambah apabila semua orang bagitaw aku boleh jawab dengan mudah.. HAMPEH tul...!

b) Biology Paper 3
Macam biasa.. soalan senang.. masa dapat kertas tu, aku senyum dalam hati.. jawab dengan yakin dan laju sekali..dah siap buat, hati berkata padaku, boleh score 45/50 dan ke atas nie.. lepas siap, aku tidak mengambil keputusan untuk menyemak.. hehe lepas abis jawab, lepas dengar dari rakan-rakanku yang lain, barulah aku tahu aku telah melakukan kesilapan yang paling bodoh.. salah membaca ukuran..haha.. ye, memang taik aku rasa.. salah baca bacaan aku tak heran mane, tapi kes bacaan tu, memberi kesan 12 markah penting..waaaa! semua nie sebab pembaris kertas yang disediakan lembaga.. kepada junior-juniorku, kalau tahun depan lembaga sedia pembaris, bakar awal-awal k..hehe

ermm.. aku malas sebenarnya nak ingat benda-benda tu semua tapi nak luah..hehe dan memberi pengajaran gak..hehe.. pe-pe pown doakan kejayaan Batch 1 warga Le'Best.. 2 jew la setakat nie, post lepas nie maybe aku sambung pasal program "Ilmu Dikumpul, Guru Dijunjung"..hehe.. jumpa lagi di lain post..papai...

Model : Afiq Wazien dan Mad Muso Kelate ( tak nampak sebab gelap)
Gambar ini tidak kene-mengena mengenai post...