CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 23, 2010

Makin Maju..

Macam biasa, awal permulaan post aku akan mengeluh kerana dah lama tak update blog.. hampir sebulan dah tak update..xtahulaha kenapa..mungkin malas..mungkin tak ada masa.. tapi yang penting blog aku akan terus bersinar..hehe makin hari, makin ramai lepasan SPM 2009 Le'Best menceburi bidang blog nie.. gler btol..blog2 baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hari hujan..yess! aku dapat kekalkan hasrat Cg. Normi..katanya, setiap perenggan mesti ada satu ungkapan menarik..hihi kenapa semakin ramai yang men'blog'? sebab korang semua makin maju!

Tapi aku bukan nak cerita pasal blog2 nie..tapi aku nak cerita pasal telefon bimbit atau mengikut bahasa SMS nye dikenali sebagai NSET.. maju betol perkataan2 SMS nie kan.. macam2 dah sekarang.. dengan skill pelatnya (contoh : mesej jadi meteh), skill tambah huruf 'w' kat belakangnya (contoh : tahu jadi taw)..haha macam2.. tapi aku bukan nak cerita pasal cara ber'SMS' tapi nak cerita pasal NSET.. aku cuma nak senaraikan nset2 yang telah aku guna dari mula2 aku guna sampailah sekarang..


i)Nokia 3310 (2005-2006)
Nset yang aku mula2 pakai ialah nset nokia 3310 nie.. haha aku start form 1 baru ada nset.. tu pown sebab duk asrama.. dapatlah aku nset nie.. nset nie banyak kelebihan..antaranya murah, selamat dari unsur2 lucah dan risiko untuk dicuri terhad..hihi kekurangannya terlalu banyak kerana nset nie terlalu simple..


ii) Nokia 3100 (2006-2007)
Selepas setahun memakai 3310, aku telah cuba memajukan diriku dalam bidang nset nie dengan membeli nokia 3100.. pada zaman itu, nset seperti ini dikatakan cukup canggih dan maju.. sebab nset yang dah ada kaler..hehe kelebihannya ialah dapat bermain game yang ada kaler jika nak dibandingkan main game snake 3310 tu..hehe kekurangannya ialah tiada kamera dan tidak boleh mainkan lagu berformatkanMP3..hehe

iii) SE W810i (2007-2010)
Aku masih ingat.. lepas habis je PMR aku terus menukar nset lagi..kali nie aku try yang lebih hebat, lebih canggih.. dan aku cuba brand yang lain pulak.. aku bertukar dari Nokia ke Sony Ericsson.. memang best sangat pakai SE nie.. aku try beli nset w810i..pembelianku sangat berbaloi.. dengan kameranya yang cantik.. dengan tahan lamanya.. jatuh dah beribu kali tapi masih dalam keadaan yang baik.. tapi sekarang aku dah tak pakai lagi nset nie.. walaupun masih elok, tapi aku dah xpakai sebab aku bertukar lagi..


iv) SE W508 (2010-20??)
Haa..nie lah model nset aku yang terbaru.. baru jew beli tahun nie.. sebab tukar dari w810i ialah sebab dah bosan dengan jenis yang biasa 2..maksud aku, aku nak pakai yang jenis lipat atau slide plak..hehe lagipun dah lama w810i tu bersama aku.. aku dah bosan dengannya dan dia juga mungkin dah bosan dengan aku..haha kelebihan nset w508 nie ialah hanyalah satu..iaitu bertepatan dengan kaler idaman aku..putih bercampur dengan hijau.. hihi.. i like it..lalala..walaupun function nset nie sama jew macam w810i tapi aku rase yang nie lagi bagus..haha


Kepada sesiapa yang berminat dengan w810i aku tu, bolehlah hubungi aku di talian.. harga boleh dirunding.. kualiti dijanji bereh!.. hehe sampai sini sajelah untuk post kali nie..papai!