CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 12, 2009

Stadium itu..Runtuh??..

Terengganu telah menjadi tuan rumah pada Sukan Malaysia (yang ke berapa?? ntah la..) pada tahun 2008.. negeriku itu juga telah menjuarai sukan itu buat kali pertama... kalau dah jadi tuan rumah tu, mestilah kena ade stadium kan?? menurut wikipedia, stadium yang dikenali Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini dibina sejak 2005 telah menjadi stadium tercanggih di pantai timur.. pembinaannya telah memakan lebih kurang RM270 bilion...perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008...Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama...

Malang memang tidak berbau kerana penduduk sekitar stadium tidak terhidu atau terbau malang yang bakal menimpa stadium pada pagi 2 Jun 2009 yang lepas apabila bumbung utama stadium itu telah runtuh..runtuhan itu tidak mengorbankan nyawa tapi telah memusnahkan beberapa kereta orang awam sekitar.. tapi..persoalannya sekarang..apakah yang mengakibatkan semua ini berlaku?? ada yang berpendapat kerana struktur bumbungnya yang tidak stabil.. tetapi, bagi orang yang telah melakukan kajian seperti saya lain ceritanya..puncanya ialah...ialah.. malas lah nak cerita..tengak je lah gambar kat bawah nie..


Sebelum Kejadian...



Semasa Kejadian...


Selepas Kejadian...

* madam, pinjam gambar taw..huk67..

Sunday, June 7, 2009

Natang..!!

ermm..dah lama aku xupdate blog aku nie..oleh sebab kemandulan idea, aku memilih tajuk natang..huhu..ok..hari nie aku akan menceritakan tentang binatang a.k.a natang.. hehe.. binatang yang akan aku ceritakan ialah kucing.. bukan cerita sangat tapi nak tunjuk gambar saja.. macam biasa, model kucing kita pada hari bernama kutep.. mari kita lihat sedikit sebanyak mengenai kucing yang bernama kutep nie walaupown pernah sudah muncul pada post yang lama..hehe..


Nama Sebenar : Al-Kutep Jambul Anak Jantan Cupex
Nama Glemer : Kutep
Jantina : Jantan gagah perkasa..
Umur : 2 tahun 3 bulan
Hobi : Kencing merata-rata..
Makanan Kegemaran : Daging lembu dihiris halus-halus..
Minuman Kegemaran : Susu segar..kononnye la..
Jenis Darah : HIV Positive..ehh..mane ade..Jenis O lah..
Warna Bulu : Oren keemasan..


Aktiviti-aktiviti yang Pernah Diceburi Kutep..

a) Menjadi Model..
Selain menjadi kehidupan sebagai seekor kucing, beliau juga telah menambah pendapatan keluarganya dengan menjadi seorang model yang berjaya.. beliau pernah mendapat anugerah Model Playboy Bulan Mac dan Mei ( playboy versi binatang) dan meletakkan beliau sebagai kucing yang termahal di dunia..hehe


b) Pengawal Keselamatan..
Di siang hari beliau menjadi model, akan tetapi, tidak cukup dengan itu, pada waktu malam pula beliau berkerja keras bekerja sebagai seekor pengawal keselamatan di rumahku.. beliau telah ditugaskan untuk menjaga kawasan rumah dari diceroboh penjahat-penjahat.. pejabatnya ialah di atas motor..


c) Menyediakan Baja Organik yang Berkualiti
Di samping itu, beliau juga telah menyediakan baja-baja organik yang berkualiti kepada rumput dan tanaman di kawasan rumah aku.. akibat makan terlalu banyak, maka, ketulan-ketulan yang dihasilkannya pun banyaklah juga..hehe.. tahi-tahi ini berperanan sebagai baja organik semulajadi yang sangat berkesan..
"woi..!! aku nak berak pown nak ambil gambar kew??..."


d) Berkebun...
Siapa sangka seekor kucing boleh berkebun..tiada siapa yang sangka bukan..?? hehe.. Kutep juga gemar berkebun terutamanya pada waktu pagi dan petang..beliau rajin menyiram tanaman dan rumput-rumput di kawasan rumah.. sumber airnya mudah didapati,tapi panas skit..macam mana?? kencing saja..hehe


hahaha..itulah antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Kutep sepanjang hidupnya bersama keluargaku.. aku akhiri post 'natang' nie dengan gambar Kutep yang terbaru..inilah rupa Kutep untuk masa nie..masa nie beliau tengah masam, ngantuk agaknya..hehe.. jumpe lagi dalam post yang akan datang.. bye...!!!
"siapalah yang kacau aku tidow nie..?? @$#%$*(&^..!!"