CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, February 23, 2010

Makin Maju..

Macam biasa, awal permulaan post aku akan mengeluh kerana dah lama tak update blog.. hampir sebulan dah tak update..xtahulaha kenapa..mungkin malas..mungkin tak ada masa.. tapi yang penting blog aku akan terus bersinar..hehe makin hari, makin ramai lepasan SPM 2009 Le'Best menceburi bidang blog nie.. gler btol..blog2 baru tumbuh bagaikan cendawan selepas hari hujan..yess! aku dapat kekalkan hasrat Cg. Normi..katanya, setiap perenggan mesti ada satu ungkapan menarik..hihi kenapa semakin ramai yang men'blog'? sebab korang semua makin maju!

Tapi aku bukan nak cerita pasal blog2 nie..tapi aku nak cerita pasal telefon bimbit atau mengikut bahasa SMS nye dikenali sebagai NSET.. maju betol perkataan2 SMS nie kan.. macam2 dah sekarang.. dengan skill pelatnya (contoh : mesej jadi meteh), skill tambah huruf 'w' kat belakangnya (contoh : tahu jadi taw)..haha macam2.. tapi aku bukan nak cerita pasal cara ber'SMS' tapi nak cerita pasal NSET.. aku cuma nak senaraikan nset2 yang telah aku guna dari mula2 aku guna sampailah sekarang..


i)Nokia 3310 (2005-2006)
Nset yang aku mula2 pakai ialah nset nokia 3310 nie.. haha aku start form 1 baru ada nset.. tu pown sebab duk asrama.. dapatlah aku nset nie.. nset nie banyak kelebihan..antaranya murah, selamat dari unsur2 lucah dan risiko untuk dicuri terhad..hihi kekurangannya terlalu banyak kerana nset nie terlalu simple..


ii) Nokia 3100 (2006-2007)
Selepas setahun memakai 3310, aku telah cuba memajukan diriku dalam bidang nset nie dengan membeli nokia 3100.. pada zaman itu, nset seperti ini dikatakan cukup canggih dan maju.. sebab nset yang dah ada kaler..hehe kelebihannya ialah dapat bermain game yang ada kaler jika nak dibandingkan main game snake 3310 tu..hehe kekurangannya ialah tiada kamera dan tidak boleh mainkan lagu berformatkanMP3..hehe

iii) SE W810i (2007-2010)
Aku masih ingat.. lepas habis je PMR aku terus menukar nset lagi..kali nie aku try yang lebih hebat, lebih canggih.. dan aku cuba brand yang lain pulak.. aku bertukar dari Nokia ke Sony Ericsson.. memang best sangat pakai SE nie.. aku try beli nset w810i..pembelianku sangat berbaloi.. dengan kameranya yang cantik.. dengan tahan lamanya.. jatuh dah beribu kali tapi masih dalam keadaan yang baik.. tapi sekarang aku dah tak pakai lagi nset nie.. walaupun masih elok, tapi aku dah xpakai sebab aku bertukar lagi..


iv) SE W508 (2010-20??)
Haa..nie lah model nset aku yang terbaru.. baru jew beli tahun nie.. sebab tukar dari w810i ialah sebab dah bosan dengan jenis yang biasa 2..maksud aku, aku nak pakai yang jenis lipat atau slide plak..hehe lagipun dah lama w810i tu bersama aku.. aku dah bosan dengannya dan dia juga mungkin dah bosan dengan aku..haha kelebihan nset w508 nie ialah hanyalah satu..iaitu bertepatan dengan kaler idaman aku..putih bercampur dengan hijau.. hihi.. i like it..lalala..walaupun function nset nie sama jew macam w810i tapi aku rase yang nie lagi bagus..haha


Kepada sesiapa yang berminat dengan w810i aku tu, bolehlah hubungi aku di talian.. harga boleh dirunding.. kualiti dijanji bereh!.. hehe sampai sini sajelah untuk post kali nie..papai!




Thursday, January 21, 2010

Post Pertama 2010

Waaa.. rupenya dah lama aku tidak menghabiskan masa untuk menulis..agak malas la bila dah tak sekolah nie..kalau dulu, masa duduk kat sekolah tu, kalau nak balik rumah mesti nak update blog..tapi sekarang, bila dah ada masa yang terluang, disepahkan merata-rata..hihi post pertama nie aku nak buat pe ye? ermm..kenat kawan aku r..hehe kenat sambil buat aktiviti..hihi

a) Cari perbezaan
Lihat gambar (a) dan gambar (b)... korang bolehlah cari perbazaan yang dapat dilihat melalui gambar..agak sukar aktiviti nie..hehe

Gambar (a)
Gambar (b)

b) Mari meneka dengan betul

Teka-teki Pertama
Siapakah jejaka dibawah..? Konon-kononnya nak study untuk SPM la..mungkin beliau rehat kejap kot..apa-apa pun..selamat mencuba..hihi


Teka-teki Kedua
Apakah benda yang ditunjukkan oleh gambar dibawah?.. Dimanakah kedudukannya?.. dan yang paling penting, siapakah pemiliknya?.. ermm.. agak sukar bukan.. xpe2..acu cuba try test lu gok..hehe



Teka-teki terakhir
Soalannya simple, mudah, padat dan agak susah untuk diteka.. Siapakah pemilik kepada bontot dibawah..? hihi

Jawapannya..

Harap maaf, pihak kami tidak meyediakan jawapan bagi menjaga kepentingan awam..hihi apa2 pun, korang semua boleh mencuba..jikalau anda pasti dengan jawapan anda, postlah di ruang komen..selamat mencuba..

Tuesday, December 22, 2009

Mama Kimia

Ehem..ehem.. seperti yang telah dijanjikan, post kali nie akan aku sambung akan program peribadi aku, "Ilmu Dikumpul, Guru Dijunjung".. giliran cikgu mana pulak ye?? ermm.. cikgu normi sudah, sir hamid pown sudah, sekarang siapa pulak ye?? ermm.. apa kata kalau kita sambung dengan guru kelas aku, kelas Lima Elit Bercahaya '09.. rasa bersalah plak kalau cerita pasal cikgu lain dulu sebelum guru kelas tersayang nie..huk34.. pe2 pown, mari kita sama-sama kenali insan bertuah pada kali ini...


Biodata Guru Kelas 5E1 '09

Nama : Puan Wan Norzuani Wan Abdullah
Umur : Muda lagi..
Nama Gelaran : Mama Kimia
MP Diajar : Kimia
Hobi : Munyusun dan menguruskan buku teks di bilik BOSS ..
Alamat Rumah : Berhampiran dengan kapal terbang landing..
Makanan Feberet : Nasi Ulam/ Nasi Kerabu
Minuman Feberet : Air buah perahan sendiri..hehe
Sifat Peribadi : Tengoklah bawah..
*semua fakta yg tidak berkaitan adalah rekaan semata-mata..


Seorang Yang Sporting
Semua orang tahu rasenye gadis comel lote nie seorang yang sporting.. sifat peribadi beliau ini sangat disenangi oleh anak-anak muridnya yang rata-rata terdiri daripada budak yang nakal-nakal.. kalau tidak siap kerja rumah, jangan risau.. anda tidak akan dicubit seperti yang dilakukan oleh Mama Normi, malah anda akan menerima senyuman yang manis daripada beliau..hehe jikalau anda bernasib baik, anda juga akan dipuji taw..pujian yang menganjing..hehe


Seorang Yang Ceria
Gadis yang penuh dengan keayuannya ini juga seorang yang ceria.. seteruk mana sekalipun anda badmood, muka masam, pabila anda melihat beliau, pasti anda akan tertarik dengan mukanya yang manis lagi ceria ini, lalu mulut anda akan ringin untuk kembali senyum.. satu lagi, beliau cukup senang untuk senyum dan ketawa..dan yang paling unik, pabila beliau ketawa, ketawanya tidak sedikit pun berbunyi, tetapi hanya gerak badan sahaja yang bergerak..haha aku selalu jew tengak akan aksi beliau ini..hehe


Seorang Yang Penyayang/Caring
Tahun nie saja, dah banyak aktiviti makan yang telah dilakukan oleh beliau.. kejap makan tu, kejap keluar makan sana, kejap bakar tu, kejap bakar nie..fuh! memang best r jadi anak buah beliau.. memang seorang ibu yang penyayang taw.. tidak hairanlah ahli kelasku banyak melahirkan anak murid yang besar-besar..hehe pasti ada yang mempunyai perasaan yang lebih nie..haha


Adoi...banyak lagi sebenarnya sikap-sikap beliau, akan tetapi, aku tidak mempunyai cukup idea untuk mengulasnya.. cukuplah saja sampai disini..ermm..lama dah xjumpe teacher, tahun depan dah tak sekolah..lepas nie, jumpa tak lagi xtaw.. rindu giler kat guru kelas aku nie..hehe.. Ucapan khas buatmu teacher Zuaini...


Teacher,
Saya harap teacher dapat mengajar anak-anak didik LeBest dengan baik selepas peninggalan saya dari sekolah tu..harap-harap teacher rindulah saya macam mana saya rindu teacher..hehe jelaa kew aku nie?? haha ingat daku dalam doamu, teacherku yang amat ku sayang..hehe

-Afif,Mama Kimia,Aku-
Nampak aku gemok jew pakai bende 2..yang sorang lagi 2 da mmg g2..hehe
p/s : teacher, kalau baca nie, jangan lupa komen taw..hehe



Sunday, December 13, 2009

Luahan Hati

Ermm.. malas betol nak update blog nie.. nak buat macam mane, dah malas.. tetapi akan ku gagahi jua untuk membuat post kali nie.. ermm.. nak bagitaw pe untuk post kali nie ekk?? SPM?? da abis.. pasal sekolah?? dah x sekolah.. tapi aku akan sentiasa rindu kat sekolah tu.. kesian budak-budak junior yang ditinggalkan oleh abang-abang dan kakak-kakak yang berpotensi tinggi menjadi golongan bijak pandai nie..hehe mesti diorang merindui pemergian kami kan?? haha..

SPM... dah abis da... So, dah tak sekolah dah aku.. tapi tak tahu lah kene lanjutkan pelajaran kat tingkatan enam..huhu.. harap2 tak lah.. bukan pe, tingkatan enam, cikgu aku cakap susah giler.. ermm.. macam manelah result SPM aku nanti... debar dan kecut perut aku sekarang nie.. harap-harap cemerlang tahap dewa 19.. antara paper yang aku paling kecewa bila jawab ialah SEJARAH PAPER 2 dan BIO PAPER 3...

a) Sejarah Kertas 2
Ermm.. soalan memang senang..tapi semua yang aku baca tersekat ditengah jalan.. dengan erti kata yang lain, dop mari nak tulis nape.. xtahu lah nak bagitaw macam mane lagi.. kertas nie r aku rasa paling sukar untuk aku jawab untuk SPM nie.. ketekanan aku bertambah apabila semua orang bagitaw aku boleh jawab dengan mudah.. HAMPEH tul...!

b) Biology Paper 3
Macam biasa.. soalan senang.. masa dapat kertas tu, aku senyum dalam hati.. jawab dengan yakin dan laju sekali..dah siap buat, hati berkata padaku, boleh score 45/50 dan ke atas nie.. lepas siap, aku tidak mengambil keputusan untuk menyemak.. hehe lepas abis jawab, lepas dengar dari rakan-rakanku yang lain, barulah aku tahu aku telah melakukan kesilapan yang paling bodoh.. salah membaca ukuran..haha.. ye, memang taik aku rasa.. salah baca bacaan aku tak heran mane, tapi kes bacaan tu, memberi kesan 12 markah penting..waaaa! semua nie sebab pembaris kertas yang disediakan lembaga.. kepada junior-juniorku, kalau tahun depan lembaga sedia pembaris, bakar awal-awal k..hehe

ermm.. aku malas sebenarnya nak ingat benda-benda tu semua tapi nak luah..hehe dan memberi pengajaran gak..hehe.. pe-pe pown doakan kejayaan Batch 1 warga Le'Best.. 2 jew la setakat nie, post lepas nie maybe aku sambung pasal program "Ilmu Dikumpul, Guru Dijunjung"..hehe.. jumpa lagi di lain post..papai...

Model : Afiq Wazien dan Mad Muso Kelate ( tak nampak sebab gelap)
Gambar ini tidak kene-mengena mengenai post...


Saturday, November 14, 2009

The Final Step

'Accelerate with Maximum Velocity and Momentum Until the End of the eSPieM (SPM)'


a) Tiga ratus hari sebelum SPM
Masa nie velocity tidak tentu..kejap naik..kejap turun..kejap zero velocity.. banyak main2 lagi masa nie.. yela, lambat lagi nak SPM kan..pe nak takut.. prep petang dan prep malam banyak habiskan masa dengan main komputer.. komputer ada lagi mase 2 dalam kelas..


b) Dua ratus hari sebelum SPM
Masa nie bajet jew lebih.. nak start belajar sungguh r kononnya.. tapi.. hampeh.. belajar sambil lewa jew wase.. mementum masa nie pown agak lemah sebab velocitynya pown kurang.. momentum kan directly proportional with velocity..hek34..


c) Seratus hari sebelum SPM
macam biasa.. prep masih lagi hangat dengan komputer.. nak2 bila apush bawak 'berokband'..nape ag.. main travian r.. tapi velocity masa nie naik da skit.. tekan minyak slow2..hihi...


d) Lima puluh hari sebelum SPM
semua orang dah tekan minyak masing2.. dengan pelbagai gaya pecutan.. aku pun xkurang hebatnya.. tekan minyak sampai kul 1 kul 2 biasa bagi budak2 nie..bagus btol... komputer dalam kelas pun da xde.. pengetua da rampas.. satu tindakan yang wajar diambil sejak awal tahun..hehe


e) Dua puluh hari sebelum SPM
Velocity - Increases
Mass - Constant (walaupun makan banyak sokmo tapi berat tetap maintain)
Momentum - Increases
Acceleration - High
Catalyst - Dapat result yang bergaya dalam trial
Pressure - High


f) Sepuluh hari terakhir sebelum SPM
sama jew macam yang diatas.. cuma tekan minyak dengan begitu bertenaga sekali.. masing2 da jadi rajin belajar sekarang.. semua orang dah makin semangat.. kan bagus kalau bersemangat dari awal.. semalam hari graduasi.. aku dapat catalyst baru.. Tokoh Ibnu Sina..hehe


g) Semasa SPM
aku harap aku dapat menjawab soalan dengan jawapan yang paling mantop, tepat, padat dan jelas.. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berikanlah insan yang bernama Rahaizuddin dan rakan-rakannya menjawab SPM dengan begitu cemerlang.. dan Engkau bukakanlah dan lapangkanlah serta terangilah hati kami semasa menjawab soalan.. Hindarilah kami dari melakukan kesilapan dan kecuaian.. Engkau permudahkanlah segala soalan yang telah disediakan.. sekiranya kami tidak tahu apa-apa tentang soalan yang diberikan, Engkau berikan petunjuk bagi kami untuk memilih dan menulis jawapan yang betol.. Ya Allah Ya Maha Besar, Engkau berikan kami kejayaan yang cemerlang dalam SPM agar dapat menaikkan nama LEBEST di mata Terengganu mahapun Malaysia.. Amin...


* Kepada semua yang terbaca tentang post nie, tolong lah doa banyak2 kat aku.. Mintak maaf semua sekiranya terdapat salah dan silap.. Ayuh warga LeBEST.. Mari kita tempuhi peperangan ini dengan penuh cemerlang.. Bolos aja SPM itu!!!


Tempat peperangan kita semua.. Lu mati, SPM..!! 18 November- 8 Disember