CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, June 12, 2009

Stadium itu..Runtuh??..

Terengganu telah menjadi tuan rumah pada Sukan Malaysia (yang ke berapa?? ntah la..) pada tahun 2008.. negeriku itu juga telah menjuarai sukan itu buat kali pertama... kalau dah jadi tuan rumah tu, mestilah kena ade stadium kan?? menurut wikipedia, stadium yang dikenali Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin ini dibina sejak 2005 telah menjadi stadium tercanggih di pantai timur.. pembinaannya telah memakan lebih kurang RM270 bilion...perasmian stadium ini telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 10 Mei 2008...Stadium ini menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara sukan utama...

Malang memang tidak berbau kerana penduduk sekitar stadium tidak terhidu atau terbau malang yang bakal menimpa stadium pada pagi 2 Jun 2009 yang lepas apabila bumbung utama stadium itu telah runtuh..runtuhan itu tidak mengorbankan nyawa tapi telah memusnahkan beberapa kereta orang awam sekitar.. tapi..persoalannya sekarang..apakah yang mengakibatkan semua ini berlaku?? ada yang berpendapat kerana struktur bumbungnya yang tidak stabil.. tetapi, bagi orang yang telah melakukan kajian seperti saya lain ceritanya..puncanya ialah...ialah.. malas lah nak cerita..tengak je lah gambar kat bawah nie..


Sebelum Kejadian...



Semasa Kejadian...


Selepas Kejadian...

* madam, pinjam gambar taw..huk67..

Sunday, June 7, 2009

Natang..!!

ermm..dah lama aku xupdate blog aku nie..oleh sebab kemandulan idea, aku memilih tajuk natang..huhu..ok..hari nie aku akan menceritakan tentang binatang a.k.a natang.. hehe.. binatang yang akan aku ceritakan ialah kucing.. bukan cerita sangat tapi nak tunjuk gambar saja.. macam biasa, model kucing kita pada hari bernama kutep.. mari kita lihat sedikit sebanyak mengenai kucing yang bernama kutep nie walaupown pernah sudah muncul pada post yang lama..hehe..


Nama Sebenar : Al-Kutep Jambul Anak Jantan Cupex
Nama Glemer : Kutep
Jantina : Jantan gagah perkasa..
Umur : 2 tahun 3 bulan
Hobi : Kencing merata-rata..
Makanan Kegemaran : Daging lembu dihiris halus-halus..
Minuman Kegemaran : Susu segar..kononnye la..
Jenis Darah : HIV Positive..ehh..mane ade..Jenis O lah..
Warna Bulu : Oren keemasan..


Aktiviti-aktiviti yang Pernah Diceburi Kutep..

a) Menjadi Model..
Selain menjadi kehidupan sebagai seekor kucing, beliau juga telah menambah pendapatan keluarganya dengan menjadi seorang model yang berjaya.. beliau pernah mendapat anugerah Model Playboy Bulan Mac dan Mei ( playboy versi binatang) dan meletakkan beliau sebagai kucing yang termahal di dunia..hehe


b) Pengawal Keselamatan..
Di siang hari beliau menjadi model, akan tetapi, tidak cukup dengan itu, pada waktu malam pula beliau berkerja keras bekerja sebagai seekor pengawal keselamatan di rumahku.. beliau telah ditugaskan untuk menjaga kawasan rumah dari diceroboh penjahat-penjahat.. pejabatnya ialah di atas motor..


c) Menyediakan Baja Organik yang Berkualiti
Di samping itu, beliau juga telah menyediakan baja-baja organik yang berkualiti kepada rumput dan tanaman di kawasan rumah aku.. akibat makan terlalu banyak, maka, ketulan-ketulan yang dihasilkannya pun banyaklah juga..hehe.. tahi-tahi ini berperanan sebagai baja organik semulajadi yang sangat berkesan..
"woi..!! aku nak berak pown nak ambil gambar kew??..."


d) Berkebun...
Siapa sangka seekor kucing boleh berkebun..tiada siapa yang sangka bukan..?? hehe.. Kutep juga gemar berkebun terutamanya pada waktu pagi dan petang..beliau rajin menyiram tanaman dan rumput-rumput di kawasan rumah.. sumber airnya mudah didapati,tapi panas skit..macam mana?? kencing saja..hehe


hahaha..itulah antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh Kutep sepanjang hidupnya bersama keluargaku.. aku akhiri post 'natang' nie dengan gambar Kutep yang terbaru..inilah rupa Kutep untuk masa nie..masa nie beliau tengah masam, ngantuk agaknya..hehe.. jumpe lagi dalam post yang akan datang.. bye...!!!
"siapalah yang kacau aku tidow nie..?? @$#%$*(&^..!!"

Saturday, May 30, 2009

Pesal?? Ntah la..

1) Persoalan Pertama
Gatal..gatal...gatal lagi..lagi kuat terasa gatal..adoi..memang gatal sungguh badanku ini..pesal?? ntah la..

2) Persoalan Kedua
Aku dah balik rumah..walaupun Kem Kecemerlangan SPM Siri 4 habis tengah hari esok..pesal?? ntah la..

3) Persoalan Ketiga
Aku balik semalam..dalam kul 11 lebih..ikut perancangan awal, patutnya balik hari nie, tapi abang aku ambik semalam..walaupun kem habis esok, aku 'terpaksa' balik awal..pesal?? ntah la..

4) Persoalan Keempat
Kem bayar RM100.. aku balik awal.. terasa rugi yang amat.. hari nie subjek kimia dan esok subjek fizik.. ruginya..tapi aku terpaksa lupekan semua tu..pesal?? ntah la..

5) Persoalan Kelima
Hampir tiap hari hujan..hujan turun, turun selebat-lebatnya.. aku diberi amaran jangan main hujan.. takut-takut makin parah..tapi..pesal?? ntah la..

6) Persoalan Keenam
Badan aku naik 'barang' baru..bintik-bintik merah telah timbul.. package sekali dengan deman yang teruk r gak.. disertakan dengan sakit tekak yang amat..pesal?? ntah la..

Kesimpulannya...
Menurut kata doktor-doktor di LeBest (geng-geng aku) dan doktor-doktor di rumah aku (ahli keluarga aku), aku telah diserang virus deman campak..hehe..kesian.. sekian saja untuk kali nie, da tak larak da..doakan daku kesihatan yang baik..daa..!!

Wednesday, May 6, 2009

Lumrah Hidup Seorang Insan..

Kehidupan sebagai seorang pengembara atau lebih dikenali sebagai manusia a.k.a orang di atas muka bumi ini sangat mencabar.. setiap hari, pasti ada halangan atau rintangan yang kita akan hadapi sama ada dengan penuh sabar atau penuh kekecewaan..semua ini semua bergantung atas diri seseorang itu..kesan daripada itu, banyak 'nerve impulse' yang akan dihantar ke 'spinal cord' atau 'brain' kita untuk ditafsirkan sebelum 'brain' itu akan memberi isyarat supaya mengaktifkan hormon-hormon yang akan merangsang kita untuk mengeluarkan perasaan seperti gembira, sedih, kecewa, takut atau sebagainya..hahahaha..itulah permulaan post aku pada kali ini..hehe..aku akan ceritakan beberapa perasaan aku untuk hari ini..ikutilah..


a) Gembira..
Gembira?? kenapa aku gembira?? ermm.. salah satu sebabnya, aku dah balik dari asrama dah..sedangkan budak sekolah aku yang lain masih berada di sana..yelah kan, esok kan sekolah lagi..tapi aku dah balik..sebab..aku nak pergi jalan-jalan esok..hahaha.. bukan jalan sangat pown, tapi ada kerja lah katakan..haha..kononnya lah..hehe... faktor yang lain aku gembira ialah sebab team kesayangan aku, Man Utd teleh menewaskan Arsenal untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Liga Juara-juara Eropah yang akan menentang sama ada pemenang pada separuh akhir satu lagi yang akan diadakan pada awal pagi esok, antara Barcelona dan Chelsea..ala, xkira la team mana menang, yang penting Man Utd akan menang jugak..haha..kew guane?? haha..tahniah buat Man Utd..!!


b) Takut / Berdebar-debar..
ermmm..minggu depan dah nak start exam mid year..adoi..takut ooo..yela, xprepare mane pown lagi..dalam kelas main Fifa09 sokmo..nie la kalau 'setan gemok' ada dalam kelas aku 2..hehe..susah nak kawal..ajak orang bazir masa sokmo.. teruk2.. harap2, ada la jugak orang yang perasan yer..!! hehe.. harap-harap result exam nie akan lebih baik dari TOV hari 2..amin..doa-doakan lah yer!!!


c) Kecewa dan Sedih..
korang semua kan tahu, esok kan hari khamis, tapi aku xdew kat sekolah.. aku sedih dan kecewa giler taw..yelah, mesti tertinggal kelas kan..haha..ini bukan bajet taw..nie bahagian nak koya sket jew..hehehe.. lagipown, geng-geng aku mesti rindu kat aku esok..haha.. nasib baik lah hari khamis kelas aku subjek teras semua, xdew subjek sains.. harap-harap, rakan-rakan sekelas ngan aku dapat belajar dengan biasa walaupun ketiadaan aku..huk67..!!

Friday, April 24, 2009

Menarik di Internet

pasca modenisasi ini, dasar langit terbuka dan dunia tanpa sempadan telah mewujudkan peluang pekerjaan yang mengubat perasaan bosan kita dalam hidup ini dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik yang terdapat dalam internet pada masa sekarang.. dari masa ke masa, aktiviti tersebut tumbuh bagai cendawan selepas hujan..huhu..waa.. pendahuluan macam dalam karangan..siap ada ungkapan menarik lagi..kalau sensei normi aku baca mesti dye bangga.. haha..benda biasa je padahal..hehe orite...pada post nie, aku nak senaraikan aktiviti yang boleh dikatakan 'ubat' kepada penyakit bosan apabila berada di rumah..


1. Men-blogging

Anda semua boleh berkongsi cerita-cerita anda kepada seluruh dunia menerusi aktiviti ini.. pastikan cerita-cerita anda menarik untuk tontonan ramai.. langkah ini juga penting bagi menarik trafik ke blog anda..haha.. contoh blog yang berjaya ialah wonderboystory.blogspot.com.. hehe dalam sekolah aku, dah ramai jugak r budak sekolah aku yang dah ada blog sendiri..antara blogger yang terbaru ialah muzarK..hehe (wei mamat nebor!! mung patut bayar 2 inggit ea sebab aku promote blog mung..hehe) klip di sini untuk membaca blog beliau.. konklusinya, aktiviti ini sangat lah best..!!


2. Nuffnang

Jikalau anda mempunyai blog sendiri, hiasilah blog anda dengan iklan-iklan dari nuffnang.. dengan meletakkan iklan ini, fulus a.k.a pitis kita akan bertamabah.. tambahan pula, iklan-iklan ini juga akan mencantikkan lagi blog anda dengan pebagai warna dan corak..hehe kepada para blogger, jangan buang masa, jadi seorang nuffnanger sekarang dengan mendaftar di sini.. ambillah peluang menambah kewangan anda di samping anda men-blogging.. modal tidak diperlukan..hehe


3. Youthsays

Satu lagi cara untuk menambah kewangan anda.. tetapi, youthsays anda tidak perlukan blog.. caranya mudah saje.. daftar dan 'take survey' dan dapat duit..joinlah sekarang.. jika anda berminat, klik saje di sini.. di sini juga, anda boleh berinteraksi bersama kawan-kawan anda yang lain.. dengan itu, kawan kita akan bertambah di samping dapat berkongsi ilmu..kononnye lah..hehe



4. Game Online : Travian

seperti kita semua tahu, terdapat banyak game online yang dapat kita habiskan masa kita untuk bermain dengannya.. hehe.. cadangan aku untuk korang, aku rasa baik korang main game nie, travian..best woo.. game dye bese jew, bukan complex sangat pown..so, untuk seme jenis komputer pown boley maen r..best r gak..boley r gak wase jadi ketua kampung camne.. kalau korang nak main, klik di sini..