CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 31, 2008

Kenangan 08...Impian 09.....

aloyai...tinggal berapa jam lagi untuk kita menyambut tahun 2009 lalu kita membuang tahun 2008 sebagai kenangan abadi..huk78.. 2008 banyak memberi aku kenangan-kenangan manis mahupun pahit tahap cipan..tapi xpe..semua yang berlaku ade hikmahnya..hehe.. sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati sinopsis tahun 2008 edisi Rahaizuddin..

pada awal tahun, aku menetap di kelas 4E1 bersama-sama puak-puak kelas tingkatan 3E1 dulu..selepas peperiksaan TOV, barulah kami berpecah-belah..tapi tak banyak mana beza nya..kemasukan makhluk Allah yang bernama Afif dan John (bukan nama sebenar) telah merubah hidupku dari seorang yang kurang cakap kepada suka sembang..huk67.. dari budak yang rajin kepada agak malas..agak je..hehe..dan banyak lagi lah..bagi aku, awal tahun saat paling sedih dan pedih..hingga sampailah satu klimak pada bulan mac, saat gembiraku mula menyinar..pada mulanya, aku tidak menyedari sinar tersebut, tapi lama-kelamaan baru aku sedar.. kenapa begitu?? xfaham ke?? memang lah, sebab aku dan orang-orang tertentu saja yang boleh faham.. muahahaha..okay, kita lupakan semua tu.. berbalik semula kepada tadi, aku hidup dengan susah payahnya menempuhi segala halangan dan rintangan di dalam alam form 4..alam ini agaklah mencabar.. aku tempuh, punyer lah tempuh, akhirnya tamat la jugak tahun aku sebagai form 4..huhu.. tahun depan, impian 2009 aku akan kejar..2009!!kau tunggu lah aku yer..!!

pada tahun 2008 juga, aku telah aktif dalam banyak acara sukan dan berjaya mendapat kejayaan juga..gambar di atas menunjukkan antara bukti kejayaan aku..hahaha dua menerusi ragbi, satu olahraga dan satu futsal..hehe dalam sukan ragbi, sekolah aku mewakili daerah Setiu telah mendapat naib johan dalam kejohanan ragbi bawah 18 peringkat negeri.. selain itu, pasukan ragbi sekolah aku juga mendapat naib johan plate (no. 6) pada terbuka Tembesu baru-baru ini..huk5.. banyak lagi kejohanan yang kami(aku) sertai tapi hadiah yang biasa sahaja (tiada dalam gambar)..hahaha.. dalam sukan olahraga pula, tahun ini tahun pertama aku menyertai.. walaupun aku masuk dengan terpaksa, yakni tidak ikhlas, aku dan rakan-rakan mampu memiliki emas dalam acara 4x100M L18 daerah Setiu..hahaha..kelakar guh wase.. aku tidak ikhlas masuk olahraga kerana aku telah dipaksa keras2-keras oleh Uncle Fazli(bukan nama sebenar)..haha aku ingat lagi ayat dye.."din, esok kalu mung dop turun (berlatih), aku taporr mg"!! haha..sebab 2 aku masuk je..huhu.. dalam acara futsal pula, aku mewakili kelas aku hanya mendapat naib johan..laporan penuh anda oleh lihat dalam post yang lepas.. haha..

dalam isu pembelajaran juga, aku juga mendapat kejayaan..tapi sikit je la..tahun 2008, aku dah naik pentas 3 kali untuk menerima hadiah wang pitis daripada pihak sekolah sempena kejayaan dalam bidang belajar..nampak macam hebat je kan, padahal, biasa je..saje buat nampak nebeng..hiperbola lah katakan..hehe.. tu semua adalah antara kenangan-kenangan aku pada tahun 2008..nak cerita semua, mampus dulu lah agaknya..hehe.. aku harap tahun 2009 lebih jauh baik dari tahun 2008..dari seme aspek taw..terutamanya dari segi belajar..hehe.. k r.. blah dulu..tata..!!

7 comments:

arefief007 said...

haha.. mcm aku jer yg wak mg mls.. haha.. xpe r din.. kte blajo mlek r taon dpn.. nk2 kte 4 org j laki dlm kelas tu

-Bambino- said...

ye r okk..nk uat gane..
cdey da wase..
mntk2 ade la cg yg simpati ngan kte.
huk67....

arefief007 said...

xdop nyer cg nk simpati.. kls 5 taon lepas gny dh kn.. aku rase ni r akibat kte duk ske kt kls 5 taon lps.. haha

J4smin 4L z4hR4 said...

gane rslt final??

-Bambino- said...

final??
ok la jgk sket..
huk67....

J4smin 4L z4hR4 said...

ntah btol ke x dpt 500..
tgk la 6t..

♥.misz luna.™ said...

thn ni spm kn?
wat lek lok eh...
nnt myesal di ms hdpn....
siyes...