CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, January 24, 2009

Lama Menyepi....

aloyai...lama giler da aku xupdate blog aku nie..tapi, xr lama mana kan..huk9..maybe sebab busy dengan sekolah kot jadi lama xupdate..yela, nak update, tunggu balik baru boleh kan..huk56..apa benda la aku ngarut pagi2 nie..lantak r..hehe..ermmm... sebenarnya, aku xtahu nak crite pasal pew nie..idea aku dah makin berkurang sekarang.. adoi...susah btol gnie...xpe2, pe2 pown yang terjadi, hidup mesti diteruskan, blog pown mesti terus jalan..hehe..

tahun akhir alam persekolahan aku dah dilangsungkan selama 3 minggu..dalam 3 minggu singkat nie, banyak benda gak r aku dapat..nak2 bahagian ilmu..al-maklum lah, aku nie memang sorang yang pencinta ilmu..hak56...lain lah kalau rakan semeja aku dalam kelas 2, da la pemalas, kerja asyik nak senang je..semua kerja sekolah dye copy..dye ada otak yang bagus tapi dye malas nak gune..malas nak fikir..tambahan lagi, dye sering tidur dalam kelas semasa cikgu mengajar..orang2 macam kita mesti hindar dari berkawan.. hahaha..!! mesti ada orang trase bila baca sal nie..huk67.. dalam 3 minggu nie jugak, aku dah mula aktif dalam kokurikulum..aku dah setat main ragbi.. sekolah aku ada join Liga Daerah KTU..sekolah kira sebagai jemputan r..setakat 3 minggu nie, aku still epy ag ngan hidup sekarang, xde problem mane lagi, blaja pown tengah ok lagi..cuma..cuma satu jew.. sikap malas aku macam nak munjul balik jew.. harap2, lari jauh r sikap 2 dari hidup aku.. pe2 pown yang akan terjadi, hidup mesti diteruskan..sesungguhnya, kita berpijak di alam yang nyata ciptaan-Nya..hadapi semua halangan dengan senyuman..hull78...


Friday, January 9, 2009

An-Nur..Dekat di Hati..

sekali lagi aku ditempatkan dikelas an-nur..kalu begitu, aku ingin buat satu kesimpulan ringkas mengenai alam persekolahan aku..hal66.. selama hidup aku di Le'best,setiap tahun aku ditempatkan di kelas an-nur..dari form 1 hingga lah tahun last aku kat sekolah nie, form 5.. dalam hidup aku juga, aku tidak pernah ditempatkan di kelas lain kecuali kelas 1.. dari SK. Seberang Marang (darjah satu dan dua), SK. Kelulut (darjah tiga hingga enam) hinggalah Le'Best sekarang.. semua di kelas satu.. satu rekod peribadi nie..haha.. menarik kan??..huhu..

tahun nie, 2009, tahun last aku di Le'Best..tahun nie jugaklah aku akan ambik SPM.. aku ditempatkan di kelas 5E1..5 an-nur.. kelas nie agak unik sikit..yela kan, dari 28 budak kelas tu, cuma 4 orang je budak laki-laki..aku sorang r dari 4 orang tu.. 1:6... 2 lah nisbah budak laki-laki dengan budak pempuan.. dasyat betul..tapi, aku rasa best jugak la budak laki sikit, jadi rajin skit..haha..sebabnya, semua budak kelas aku 2 budak-budak rajin...walaupun baru seminggu alam persekolahan bermula, keje sekolah da pun banyak giler tahun nie, tapi xpe..xkisah mane... untuk kebaikan aku jugak kan..haha..k r, aku malas sebenarnya nak update blog nie, tapi, biarla.. update r cket2..hehe tadaa!!!

Wednesday, December 31, 2008

Kenangan 08...Impian 09.....

aloyai...tinggal berapa jam lagi untuk kita menyambut tahun 2009 lalu kita membuang tahun 2008 sebagai kenangan abadi..huk78.. 2008 banyak memberi aku kenangan-kenangan manis mahupun pahit tahap cipan..tapi xpe..semua yang berlaku ade hikmahnya..hehe.. sehubungan dengan itu, marilah kita sama-sama menghayati sinopsis tahun 2008 edisi Rahaizuddin..

pada awal tahun, aku menetap di kelas 4E1 bersama-sama puak-puak kelas tingkatan 3E1 dulu..selepas peperiksaan TOV, barulah kami berpecah-belah..tapi tak banyak mana beza nya..kemasukan makhluk Allah yang bernama Afif dan John (bukan nama sebenar) telah merubah hidupku dari seorang yang kurang cakap kepada suka sembang..huk67.. dari budak yang rajin kepada agak malas..agak je..hehe..dan banyak lagi lah..bagi aku, awal tahun saat paling sedih dan pedih..hingga sampailah satu klimak pada bulan mac, saat gembiraku mula menyinar..pada mulanya, aku tidak menyedari sinar tersebut, tapi lama-kelamaan baru aku sedar.. kenapa begitu?? xfaham ke?? memang lah, sebab aku dan orang-orang tertentu saja yang boleh faham.. muahahaha..okay, kita lupakan semua tu.. berbalik semula kepada tadi, aku hidup dengan susah payahnya menempuhi segala halangan dan rintangan di dalam alam form 4..alam ini agaklah mencabar.. aku tempuh, punyer lah tempuh, akhirnya tamat la jugak tahun aku sebagai form 4..huhu.. tahun depan, impian 2009 aku akan kejar..2009!!kau tunggu lah aku yer..!!

pada tahun 2008 juga, aku telah aktif dalam banyak acara sukan dan berjaya mendapat kejayaan juga..gambar di atas menunjukkan antara bukti kejayaan aku..hahaha dua menerusi ragbi, satu olahraga dan satu futsal..hehe dalam sukan ragbi, sekolah aku mewakili daerah Setiu telah mendapat naib johan dalam kejohanan ragbi bawah 18 peringkat negeri.. selain itu, pasukan ragbi sekolah aku juga mendapat naib johan plate (no. 6) pada terbuka Tembesu baru-baru ini..huk5.. banyak lagi kejohanan yang kami(aku) sertai tapi hadiah yang biasa sahaja (tiada dalam gambar)..hahaha.. dalam sukan olahraga pula, tahun ini tahun pertama aku menyertai.. walaupun aku masuk dengan terpaksa, yakni tidak ikhlas, aku dan rakan-rakan mampu memiliki emas dalam acara 4x100M L18 daerah Setiu..hahaha..kelakar guh wase.. aku tidak ikhlas masuk olahraga kerana aku telah dipaksa keras2-keras oleh Uncle Fazli(bukan nama sebenar)..haha aku ingat lagi ayat dye.."din, esok kalu mung dop turun (berlatih), aku taporr mg"!! haha..sebab 2 aku masuk je..huhu.. dalam acara futsal pula, aku mewakili kelas aku hanya mendapat naib johan..laporan penuh anda oleh lihat dalam post yang lepas.. haha..

dalam isu pembelajaran juga, aku juga mendapat kejayaan..tapi sikit je la..tahun 2008, aku dah naik pentas 3 kali untuk menerima hadiah wang pitis daripada pihak sekolah sempena kejayaan dalam bidang belajar..nampak macam hebat je kan, padahal, biasa je..saje buat nampak nebeng..hiperbola lah katakan..hehe.. tu semua adalah antara kenangan-kenangan aku pada tahun 2008..nak cerita semua, mampus dulu lah agaknya..hehe.. aku harap tahun 2009 lebih jauh baik dari tahun 2008..dari seme aspek taw..terutamanya dari segi belajar..hehe.. k r.. blah dulu..tata..!!

Sunday, December 28, 2008

Study Buddy Club...??

wakaka..aku pun xfaham la pesal benda pertama yang aku kene tulis adalah suke..huk67.. betol2 pelik la..huhu..tapi xpe, 2 xde kene mengena dengan korang semua.. hah..kali nie aku nak ajak korang join kelab nie..bagus nie taw..nak tahu kelab pe?? aku bagi nama 'Study Buddy Club'..hehe objektif tertubuhnya kelab nie adalah untuk saje2 sahaja..huhu mula2, aku nak cerita sikit pasal sejarah tentang kelab ini.. nama kelab ini adalah idea daripada abang kita, sobri a.k.a Tapir Mat Ge'lang..huhu pengasasnya semestinyalah aku..huk56..ahli yang pertama join kelab nie adalah cda..muahaha.. kelab nie beroperasi sepenuhnya tahun depan..kenapa?? sebabnya, tahun depan kan spm..sebab 2 r kelab ini aku tubuhkan..huk67.. kelab ini terbuka kepada semua pelajar form 5 tahun 2009 sahaja..hehe.. keutamaan diberi kepada pelajar Le'Best yer..hehe.. tujuan utama kelab ini adalah untuk menyerapkan kepada pelajar budaya 'study' sepanjang tahun..huhu..bukannya hanya pada musim peperiksaan sahaja..ini sangat penting kepada pelajar2 terutamanya kepada mereka yang akan menghadapi SPM..hehe.. antara aktiviti wajib kelab ini ialah study pada setiap malam selepas waktu prep..wajib taw..kecuali malas..haha antara syarat untuk menyertai kelab ini ialah, pelajar mestilah tergolong dari golongan yang tidak membawa nset2..hehe..nset adalah benda yang paling bahaya dalam kalangan pelajar kita.. jangan bawa benda 'haram' 2.. kepada ahli2 kelab je la..hehe antara kelebihannya pulak ialah dapat membahagikan masa kita dengan baik..kita juga akan lebih bersedia untuk menghadapi hari2 peperiksaan..kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab ini bolehkan memberi nama kepada saya..huhu.. akhir kata, semua pasal kelab nie adalah rekaan semata2, tapi harap2 amalan seperti di atas dapat aku jadikan sebagai tabiat pada tahun hadapan..huhu..k r, xde pe2 ag, bla dulu..!!

Tuesday, December 23, 2008

Le'Best....Bagus Kew??

Le'Best?? menatang apa 2?? itu bukan menatang daa!! da 2?? itu nama sekolah daa!..maksud apa?? maksudnya cari sendiri daa!.. berapa banyak daa laa!! huk67..best gak main gnie..hehe.. ermm.. korang tahu x le'best 2 nape?? klu budak sekolah aku xtahu, xtahu la aku nak kabo nape..haha..Lembah Bidong Elite School Of Terengganu... 2 r le'best.. tomey x nama 2?? sape la yang bagi nama g2 ekk?? aku pown xpasti best ke x nama 2..haha..yang penting aku dah menetap kat sekolah 2 selama 4 tahun.. tahun depan final year aku kat sana..hehe..kenapa aku nak cakap pasal sekolah aku untuk post nie ekk?? aku pown xtahu..saje2 kowt..sebab aku dah xde modal nak post apa ag kat blog aku nie..hehe..
le'best nie bagus x ekk?? aku pown xtahu nak kabo gane pasal sekolah aku nie..bagus kowt..ye r, baru2 nie, aku dengar sekolah nie diumumkan sebagai JOHAN SEKOLAH TERBAIK KOKURIKULUM PERINGKAT KEBANGSAAN.. kira hebat r 2..baru 4 tahun da jadi johan..peringkat kebangsaan lagi.. aku pown join sekaki untuk berasa bangga di atas kejayaan ini..tahniah yer Le'Best..!! haha...tahun lepas, time PMR tahun aku, sekolah aku dapat no 3 dalam terengganu.. walaupun hanya no 3, tapi kiteorg patut rase berbangga sebab 2 tahun pertama sekolah nie ade calon untuk exam..huhu.. sekolah baru kan.. aku harap, result PMR tahun nie, 30 Disember nie, sekolah aku akan dapat lebih baik lagi dari tahun lepas...hehe.. sampai di sini jew la yer..!! jumpa lagi!! wakaka..!!