CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, September 18, 2009

Trial Yang 'Indah'

Aku telah mengalami 3 jenis trial dalam hidup aku sebagai seorang pelajar.. UPSR..PMR..SPM.. daripada 3 tu, trial untuk SPM lah aku rase yang paling 'indah' dan xkan senang aku untuk lupa... mari kita kaji mengapakah persoalan tersebut boleh timbul di hati ini?? sebab apakah yang menyebabkan trial nie paling 'indah'??

1) Exam Yang Lama...
ermm..kalau nak dibandingkan dengan UPSR dan PMR, memang jauh la beza jangka masa untuk menghabiskan bilangan paper yang diambil 2.. cukup menyeksakan..3 minggu.. fuh, cukup letih juga..hehe.. dah la tahap kesusahannya jauh berbeza.. kalau dulu, time PMR, aku ingat ag, kalau belajar dalam keadaan main-main pun, gerenti berjaya lagi..tapi sekarang, pegi makan taik r..!


2) 1 Jam Tidur..Mainan Biasa..
aku masih ingat, masa PMR dulu, paling lewat aku pernah tidur sebab study, x lebih dari pukul satu aku rase.. ntah2, awal dari 2 lagi..kalau UPSR 2, jangan heran r, xpernah pun tidur lewat sebab study..benda kacang lah kata orang..haha.. tapi untuk trial SPM baru nie, aku pernah skali xtidur..aku la..orang lain mesti banyak hari da.. hehe.. xtidur sebeb esoknya 2 paper add math..ramai gak r orang xtidur.. tidur2 pun, lepas sahur..hehe.. time trial baru nie, pukul 3 lebih mainan aku untuk tidur..bangun 4 lebih untuk sahur.. satu jam lebih jew tidur..aku ingat lagi, time exam add math pagi 2, mata aku bengkak sebelah..nasib baik orang xprasan mane..kejap jew p..hehe bahaya2..


3) Kene Ulang Paper....
ye.. ade paper yang sudah siap dijawab terpaksa dibatalkan penjawaban itu.. paper bio paper 1 n paper 2.. aku nie dah la xreti mane bio..nak suruh main ulang2 plak..memang tensen tahap cipan r.. 2 la, buat ag kerja terkutuk, abis orang lain kene tanggung gak.. xpe2..semua nie mesti ada hikmahnya nie kan.. apa yang menambahkan lagi ketensenan aku nie, kesemua paper2 bio yang dijawab itu, semuanya susah lake..adoi.. memeng dop bajet A dah untuk bio kali nie..kalau dapat, itu sesuatu yang magic..hehe..


Ada banyak lagi sebab sebenarnya..malas dah nak tulis..korang boleh tambah kat ruangan komen..hehe.. oh ye, sempena bulan puasa yang hampir pergi ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua... siapa-siapa yang mahukan duit raya, sila buat permohonan di ruangan komen juga..hehe

Selamat Beraya Semua..!!

Tuesday, August 25, 2009

Terkenangkan Kenangan...

Emmm..agak lama aku xupdate blog aku nie walaupun da lama balik umah.. nak buat camne, mood nak update xde..hehe.. post nie, aku xlarat r nak tulis panjang-panjang, al-maklumlah bulan puasa lah katakan sekarang..haha.. aku cuma nak tunjuk video jew.. para video akan tolong menceritakan untuk aku pada post nie..hehe

Align CenterKenangan 1


Mase nie lepas PMR..tahu2 jew lah lepas PMR camne kan..macam2 aktiviti kami kat sekolah.. dengan bangunnye pukul 10 setengah.. sebabnya hanya satu, nak rehat kat kantin..lepas 2, sambung balik la..hehe nie salah satu aktiviti lepas PMR.. tengok diri r aksi2 panas yang dilakukan bekas budak LeBEST 2, Bepop (bkn nama sebenar)... dye la yang bawak bende 2..


Kenangan 2


Mase nie tahun lepas, tahun honeymoon la kate orang..tapi mmg g2 pun..aku dapat merasainya.. mase nie aku duk 4 Elit Bercahaya... mase cikgu xde, nie lah salah satu aktiviti yang aku dan geng-geng aku lakukan.. best gak main bende 2 taw.. dulu, aku ingat ag, siap buat tanding sapa buat paling laju ag..haha sapa yang pegang rekod aku pown xtaw.. video 2 menunjukkan catatan masa aku taw.. laju kan..tengok orang r..!


Kenangan 3


Nie pown mase form 4.. kenal x siapa dalam video 2??.. tengok jew body, pasti kenal..kan?? haha xtaw la bakpe tibe2 ye jadi gitu.. aku rakam nie secara kebetulan taw..bukannye dah rancang yer..haha masa dye jatuh 2, prasan x lantai 2 da retak??.. tengok baik2..haha semua video ini ditaja khas oleh....Sony Ericsson W810i kaler putih...

Sunday, August 9, 2009

Mari Kenali Beliau..

Okey..aku ingin teruskan lagi program "Ilmu Dikumpul, Guru Dijunjung"..hehe.. pada kali ini aku akan membincang tentang seorang cikgu lelaki.. untuk soal kenal kita dengan si beliau, kita ikuti biodata ringkas mengenai beliau... tadaa....!


Biodata Ringkas Si Beliau

Nama : Encik Abd Hamid Bin Mohd Noor
No I/C
: 590517-08-5557
Umur
: 50 Tahun 2 Bulan Lebih
MP Diajar
: Bahasa Inggeris
Hobi
: Menonton tv kowt..Hindi movie..hehe
Alamat Rumah
: Tinggal bersama classmate aku..apush..
Makanan Feberet
: Durian/Tempoyak..betol dop Sir?
Sifat Peribadi
: Mari kita kaji sama2..kat bawah..


a) Seorang Yang Berdisiplin Tinggi...
Buktinya dapat kita lihat apabila anda datang awal ke sekolah..jikalau anda datang lewat, maka xdapatlah anda menonton bukti tersebut..hehe.. sebabnya, buktilah ialah kereta beliau merupakan antara kereta guru yang paling awal tiba di tempat letak kereta selepas Pok Guard..hehe maksudnya, beliau ke sekolah pada awal waktu.. dalam kul 6.45 mesti da sampai..

b) Seorang Yang Penyayang..

Bagaimana beliau dikatakan sedemikian??.. ermm..begini ceritanya, dulu, aku dan beberapa kawan aku pernah tinggal bersamanya..tumpang tinggal kat rumah beliau.. aku dapat lihat sifat ini apabila dia melayan anak asuhan isterinya bagai menatang minyak yang penuh..beliau layan seperti anak sendiri.. anak sendirinya pula, beliau sangat sayang akan anaknya terutamanya yang lelaki tunggal itu..beliau tidak pernah terlepas memberi makan pada si apush itu..kalau xpercaya, tengok sendiri r kesan khas pada body anak beliau tersebut..hehe

c) Seorang Yang Baik Hati...
Semasa tempoh 3 hari di rumah beliau, beliau telah menunjukkan sifat baik hati terhadap anak muridnya.. Contohnya dapat dilihat apabila beliau membawa Mamat( Babak) dan Zeni, geng2 aku, ke klinik apabila mendapati anak muridnya tersebut dalam keadaan yang tidak seberapa sihat..Beliau juga telah menyediakan kitorang hidangan yang lazat2 kepada tetamunya.. Layanan yang mesra gitu..sungguh baik hati cikguku sorang nie..hehe

d) Seorang Yang Berdedikasi...
Bapa kepada 3 orang anak ini berpengalaman luas dalam mengajar English.. barang siapa yang belajar dengannya, maka untunglah mereka itu.. apa yang boleh aku katakan, memang best gler belajar BI ngan beliau.. Teknik mengajar pown mantap..hehe.. satu lagi, apabila beliau menulis kat papan hitam or whiteboard, jarang sekali dia memegang buku..semua ilmu yang diturunkan beliau ada dalam akal fikirannya.. Sering aku terfikir, camne beliau dapat ingat semua nie ekk??.. huhu.. dasyat..

e) Seorang Yang Tegas..
Tengok cara beliau jalan, mengajar pown dah tahu beliau seorang yang tegas taw.. Jejaka berkaca mata ini sememangnya tegas dalam semua perkara..oleh itu, tidak hairanlah jikalau semua perkara diceburi sering kali mendapat kejayaan di semua peringkat mahupun kebangsaan.. dalam kelas pula, tidak mungkin bagi anda terjumpa pelajar yang tidur semasa dia mengajar melainkan pelajar itu sakit yang amat kritikal..hehe.. sebabnya, faham2 lah..

Kesimpulannya..
Dapat disimpulkan di sini bahawa Sir Hamid adalah antara cikgu yang cemerlang dalam semua bidang.. Sir, ingatlah daku dalam doamu..huk67... last skali, Sir Hamid, aku sayang padamu!...huhuhu barang siapa yang sayang juga pada sir, silalah nyatakan perasaan anda kat ruangan komen..Ucapan juga diterima.. Terima kasih..haha


Thursday, August 6, 2009

Babi Itu Babi!

Perkataan 'tutup' berkait rapat sekarang ini dengan virus H1N1 sekarang..kesimpulannya, sekolah aku pown terlibat dengan perkara tersebut.. ye.. SMK Lembah Bidong (LeBEST) sudah pown ditutup selama seminggu dek merebaknya virus selsama babi 2.. 4 orang pelajar disahkan positif.. persoalannya sekarang, adakah kita akan ganti seminggu nie?? siapakah insan yang malang itu?? barang siapa yang tahu, sila tinggalkan komen.. doakan kesihatan pelajar sekolah kita itu..moga2 cepat sembuh..


Kronologi H1N1 Ke LeBEST

1) Mula-mula aku dengar kat negara2 besar..time 2 aku xheran..sebab jauh lagi dengan Malaysia.. Hati sangat tenang...

2) Lepas 2, dengar plak kat negara2 Asia.. time nie pown ase xheran..ase macam Malaysia xkene jew.. Hati masih dalam keadaan sangat tenang..

3) Tak lama lepas 2, dengar ada kat negara ASEAN plak.. time nie xase heran ane gak..xdebor mane lagi..hehe.. Hati dalam keadaan tenang lagi..

4) Kejut x kejut, H1N1 da sampai kat Malaysia..mula2 tahu, aku dengar sampai kat KL or Johor g2 r.. time nie debor sket baru.. jauh lagi dari Terengganu.. Hati risau sket..

5) Dalam masa beberapa hari, virus nie merebak lalu sampai ke Terengganu.. memang debor la jugak.. tapi xheran mane ag..

6) Bila ekk, aku xingat, aku dengar Sekolah Sukan Bukit Nenas da sampai virus 2.. sekolah kat Setiu da kene.. time 2 MRSMKT pown da kene.. makin dekat dengan sekolah aku.. hati pown makin risau..

7) H1N1 tiba di SBPI Batu Rakit dan Merang Suria.. Maknenya, sekolah aku ditengah2..makin lah terasa kehangatan virus 2..

8) Sebuah bas sekolah aku dipenuhi oleh pelajar telah menyerang Klinik Batu Rakit untuk mendapat rawatan..sebabnya, ramai sangat yang deman.. hal ini berlaku selama 2 hari berterusan..

9) Doktor2 telah ditempatkan di dewan sekolah aku untuk memudahkan pelajar diperiksa.. Dalam pemeriksaan tersebut, 14 pelajar lelaki dan 6 pelajar perempuan dikuarantin akibat suhu badan yang melebihi 38 ...

10) Selapas beberapa hari, sekolah aku diumumkan ditutup selama seminggu disebabkan virus ini.. sungguhku xsangka virus selsama babi ini merebak ke sekolah aku..doakan keselamatan dan kesihatan penghuni sekolah aku..

Sunday, July 19, 2009

Mama Normi..

Memandangkan aku akan meninggalkan alam persekolahan tak lama lagi, jadi aku mengambil langkah yang proaktif sebagai usaha menghargai insan yang bergelar guru.. Aku akan cuba membicarakan kesemua guru yang telah mengajar aku di LeBest nie di blog aku ini... Ini adalah salah satu langkah untuk menghargai jasa pengorbanan mereka semua.. oleh yang demikian, sudah tentu aku akan sentiasa mengingati kesemua guru2 tersebut apabila sudah dewasa kelak..seterusnya, akan terhindarlah aku daripada mendapat anak murid yang derhaka..hehe..

okay.. lets the game begin.. aku start dengan cikgu Normi dulu k..hehe.. Nama sebenar Pn. Normi Binti Hassan.. budak2 panggil cikgu normi..tapi aku rase patut panggil mama normi lah..hehe beliau merupakan cikgu bahasa melayu aku.. nak bagitau dye sporting kan, semua orang dah tahu..haha.. gadis berusia 32 tahun ini mempunyai hobi memasak tom yam..(maybe rekaan)..haha.. aku suke sembang ngan dye, bukan aku sorang, semua budak kelas, best sungguh dong..! kalau dah start sembang mesti bising kelas dengan tawa tangisan..haha.. errmm.. xmo lah cakap banyak sal mama normi..kte tengok gambar dye plak k.. ini adalah rahsia tapi buat senyap jew la k.. pandai2 lah korang kaji sal gambar kat bawah.. hehe..


Mama Normi


VS


Ibu Fauziah Nawi

Pelik tapi benar..itulah kebenarannya.. mirip bukan.. sekali pandang memang xprasan.. tapi jikalau pandang dengan mata hati, sudah tentu mukanya hampir sama..haha.. soe cikgu, gurau jew.. harap cikgu xmarah..hehe.. len kali giliran cikgu yang lain plak..tunggu post yang seterusnya.. yiiiieeeehaaa..!!